fbpx

KSM minta bukti dakwaan 500,000 pekerja asing menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (duduk empat dari kanan) melawat Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong meminta pihak yang mendakwa terdapat sehingga 500,000 pekerja asing menganggur di negara ini kerana tidak diupah mana-mana majikan agar membuat laporan rasmi beserta bukti bagi tindakan lanjut.

Steven berkata, pihaknya sentiasa bersifat terbuka sekiranya dakwaan yang dibuat berasaskan bukti yang kukuh dan aduan secara rasmi dibuat.

“Bagi satu bukti jika membuat dakwaan tersebut, kita sentiasa bersifat terbuka sebagai contoh kes di Pengerang, dalam masa amat singkat saya dan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan tujuh langkah-langkah yang amat tegas.

“Kalau ada bukti dan juga fakta, saya minta pihak berkenaan buat laporan secara rasmi supaya kita boleh mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini.

Steven berkata demikian sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini berhubung pendedahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma), Dr. Sukumaran Nair mengenai jumlah pekerja asing yang langsung tidak diupah oleh mana-mana majikan didapati menjangkau lebih 500,000 orang.

Dalam pada itu, Steven memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama KDN 16 Januari nanti bagi meneliti dasar melibatkan pekerja asing.

“Komitmen kita ialah untuk membuat keputusan secepat mungkin tentang penyelarasan dasar dan pengurusan pekerja asing di Malaysia.

“Mesyuarat itu nanti turut akan membincangkan langkah untuk mengawal atau menguruskan perangkaan bilangan pekerja asing yang dibenarkan di dalam negara kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI