fbpx

‘Kalau tiada telur, kami makan nasi campur mi segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rudy Daneal tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan apabila terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak di rumahnya di Kampung Jais, Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR – Kesukaran untuk bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan anak lelaki menyebabkan seorang bapa dari Kampung Jias di sini, terpaksa berjimat cermat dalam mengurus kewangan termasuk berkaitan makanan.

Rudy Daneal Abd. Rahim, 54, berkata, dia sudah dua tahun tidak bekerja dan hanya menggunakan kerusi roda ekoran penyakit saraf kaki yang dialaminya.

Katanya, sampai satu ketika dia hanya memilih untuk menjamah nasi dengan kuah mi segera bagi mengisi perut.

“Biasanya saya hanya makan telur atau kicap, tetapi bila duit simpanan semakin berkurangan, saya hanya makan nasi berkuahkan mi segera.

“Sekarang ini saya hidup bersama anak lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot dengan pendapatan kurang RM1,500 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jias, Kota Lama Kiri di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, anaknya kini menanggung semua perbelanjaan rumah dan dia perlu bijak menguruskan kewangan bagi mengelak mereka kehabisan bekalan makanan.

Malah, katanya, mereka juga kadang kala hanya membeli kuah lauk di kedai untuk dimakan bersama nasi di rumah.

“Disebabkan penyakit ini, saya tidak lagi mampu bekerja. Anak saya pula tidak berpendidikan tinggi dan hanya bekerja dengan bayaran rendah. Dia yang menanggung semua perbelanjaan.

“Saya makan ikut kemampuan dan saya agak malu untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, jika keadaan sangat terdesak, saya minta bantuan beras daripada kawan atau kenalan rapat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank Bank Simpanan ­Nasional (0820041000154257) atas nama Rudy Daneal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI