fbpx

Industri kelapa sawit 2024 dijangka lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Industri kelapa sawit negara dijangka menyaksikan prestasi lebih baik tahun ini dalam hampir semua indikator utama, disokong penambahbaikan bekalan buruh dan unjuran harga yang lebih kukuh.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, paras harga minyak sawit mentah (MSM) tahun ini dijangka lebih kukuh pada antara RM3,900 dan RM4,200 setan disebabkan terutamanya kekurangan bekalan.

“Pelaksanaan mandat biodiesel B35 di Indonesia bakal menghadkan bekalan global, yang kini dalam keadaan ketat disebabkan keadaan cuaca yang tidak begitu baik tahun lalu.

“Selain itu, pengeluaran kacang soya juga dijangka kekal ketat sekurang-kurangnya sehingga April depan, manakala stok minyak sawit negara dijangka di bawah dua juta tan yang akan menstabilkan harga,” katanya ketika membentangkan prestasi industri 2023 dan prospek 2024 pada Seminar Unjuran Ekonomi dan Review Kelapa Sawit 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Parveez menambah, bagi tahun 2024, pengeluaran MSM negara dijangka meningkat 1.1 peratus kepada 18.75 juta tan berbanding tahun lalu, manakala stok dijangka berkurangan 14.8 peratus kepada 1.95 juta tan berbanding 2023.

Sementara eksport minyak sawit dijangka naik 3.3 peratus kepada 15.6 tan, dengan hasil eksport diunjurkan meningkat 4.8 peratus kepada RM110 bilion.

Menurut beliau, industri kelapa sawit Malaysia menyaksikan prestasi bercampur-campur pada 2023, yang mana meskipun pengeluaran MSM, hasil buah tandan segar, kadar perahan minyak dan stok kelapa sawit menunjukkan peningkatan, situasi bekalan telah mengakibatkan harga MSM jatuh ke bawah paras RM4,000 setan setelah mencatatkan rekod baharu pada 2022.

Harga purata MSM pada 2023 adalah pada 3,809.50 setan pada 2023 berbanding RM5,087.50 pada 2022.

“Apa yang berlaku pada 2022 (lonjakan harga) mungkin adalah sekali seumur hidup, walaupun kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan.

“Pada masa sama, harga MSM kini masih lebih baik berbanding sekitar RM2,600 hingga RM2,700 setan yang disaksikan pada 2021,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI