fbpx

‘I know u still love me’ – Fatiya Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatiya terus melakukan provokasi dengan mendakwa bekas kekasihnya yang juga aktor Aiman Hakim Ridza masih mencintainya.

PETALING JAYA – Semakin panas dan menjadi-jadi, pelakon Fatiya Latiff terus mengundang perhatian ramai apabila bertindak memuat naik fotonya bersama bekas kekasih yang juga aktor Aiman Hakim Ridza dalam Instagramnya hari ini.

Lebih mengejutkan, pemilik nama penuh Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, itu mendakwa Aiman masih menyayanginya selepas putus cinta sekitar Disember 2015.

“I know u still love me (saya tahu awak masih mencintai saya),” katanya dalam ruangan kapsyen.

Tidak berhenti di situ, dia turut memuat naik keratan lama akhbar memaparkan temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun berpisah.

Manakala ruangan kapsyen pula memperlihatkan aktres itu menyindir isteri Aiman yang juga pelakon, Zahirah MacWilson.

“Maaf ya bik (bibik),” perlinya.

Dia bagaimanapun menutup ruangan komen bagi kedua-dua hantaran Instagram tersebut.

Sejak 8 Januari lalu, Fatiya mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.

Fatiya sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI