PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak, petang ini.
Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca diramal cerah di negeri lain sehingga pukul lima petang.
“Di Sarawak, hujan dijangka turun di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).
“Manakala di Sabah, ribut petir diramal berlaku di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan),” katanya menerusi hantaran sama.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE