fbpx

EFL: Palmer jadi mangsa kemarahan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER (kiri) mendapat dua peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan yang gagal disudahkan ketika menentang Middlesbrough awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Cole Palmer menjadi ‘kambing hitam’ dan menerima kecaman daripada penyokong sendiri selepas gagal tampil cemerlang untuk membantu pasukan itu meraih kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris.

Wakil dari Liga Kejuaraan, Middlesbrough melakar kejutan meraih kemenangan 1-0 dan ia dijadikan bekalan tipis sebelum menghadapi timbal balik di Stamford Bridge 24 Januari ini.

Di hujung babak pertama, Palmer sepatutnya mampu menyamakan kedudukan selepas penjaga gol lawan, Tom Glover gagal menangkap bola dengan kemas, namun tampanan dilakukannya melambung tinggi.

Peminat juga turut menggunakan media sosial untuk melepaskan ketidakpuasan hati dan turut menjadikan Palmer sebagai bahan jenaka.

Dua bekas pemain The Blues, Mark Schwarzer dan Jimmy Floyd Hasselbaink juga seakan terkejut dengan kegagalan Palmer dan merasakan pemain berusia 21 tahun itu tidak patut melepaskan peluang berkenaan.

“Kami boleh katakan jika peluang itu diperoleh pemain lain, ia mungkin boleh menghasilkan gol. Jadi, sudah pasti kami terkejut apabila dia gagal melakukan penyudah lebih baik,” kata Schwarzer.

Sementara itu, Hasselbaink merasakan Palmer wajar menyempurnakan dua peluang terbaik yang diperolehinya.

“Dia melepaskan dua peluang yang sepatutnya mampu disudahkan dan dia kelihatan seakan terlalu mencari peluang yang selesa,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI