fbpx

Dua beranak pengedar pil kuda dicekup simpan pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan sepucuk pistol Kuzey GN19 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Gual Arang, Rantau Panjang semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Dua beranak yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dicekup selepas menyimpan sebanyak 80 biji pil kuda dan sepucuk pistol di sebuah rumah di Gual Arang, Rantau Panjang dekat sini semalam.

Warga emas berusia 70 tahun dan anaknya 27 tahun itu ditahan semasa anggota polis menyerbu rumah mereka kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan di dalam sebuah bilik di rumah itu menemui sepucuk pistol jenis Kuzey GN19 bersama kelopak dan 10 biji peluru hidup.

Menurutnya, polis turut menemui sebanyak 80 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM880 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM6,680 termasuk sepucuk pistol.

“Semakan mendapati, warga emas terbabit masih mempunyai isteri dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Anak lelakinya pula mempunyai satu rekod lampau berkait kes dadah.

“Pistol yang dirampas itu dipercayai dibeli dari negara jiran dan ia digunakan semasa menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Rantau Panjang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI