fbpx

Direman makan suap RM6,000 bocor sebut harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang penolong pegawai tadbir direman selama empat hari selepas disyaki menerima suapan RM6,000 bagi membocorkan kerja-kerja mahkamah syariah di Selangor, hari ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 40an itu dikeluarkan Majistret Farah Rosnan selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dikatakan telah bekerja dengan agensi berkaitan mahkamah syariah sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir di pejabat SPRM Selangor bagi dirakamkan keterangan.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya daripada sebuah syarikat pada tiga tahun lalu.

“Wang rasuah itu sebagai balasan kerana suspek telah membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor,” katanya hari ini.

Jelas sumber, nilai kerja-kerja tersebut berjumlah lebih RM130,000 melibatkan tempoh selama dua tahun.

Tambah sumber, suspek dikatakan mempunyai maklumat berhubung sebut harga itu disebabkan terlibat langsung dalam penilaian pemilihan kontraktor untuk kerja-kerja itu.

“Namun, syarikat itu didapati tiada kaitan dengan suspek,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI