fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia, keadaan ini dijangka akan berlanjutan sehingga tengah hari nanti.

“Bagaimanapun, hujan dan mendung di satu dua kawasan terutama bahagian perairan dan pedalaman di Sarawak yang dijangka beransur reda lewat pagi ini.

“Bagi Sabah pula, hujan masih lagi sedang berlaku di sekitar Sandakan yang dijangka reda dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia juga masih mengekalkan amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada melibatkan kawasan di sekitar selatan Sarawak sehingga esok.

“Keadaan ini amat berbahaya terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berkedudukan rendah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI