fbpx

Buang bubu naga dalam parit akibat berang diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bubu naga yang dirampas dalam operasi di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, semalam.

KUALA SELANGOR – Sebuah gudang penyimpanan bubu naga haram yang dipercayai telah beroperasi sejak empat tahun lalu diserbu dalam kejadian di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu berjaya merampas keseluruhan 2,000 bubu naga yang dianggarkan bernilai RM70,200.

Pengarah Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, semasa serbuan terdapat seorang lelaki berusia 51 tahun yang merupakan pengusaha bubu naga telah mengambil bungkusan guni bubu yang dirampas pihaknya.

“Dia kemudian memindahkannya ke dalam kereta sebelum membuang ke dalam parit berhadapan premis itu. Lelaki itu didapati menghilangkan diri dan anggota penguatkuasa mengambil masa 20 minit bagi mengeluarkan bungkusan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Noraisyah, pengusaha bubu naga itu dipercayai meraih pendapatan mencecah antara RM1,000 hingga RM2,000 sehari.

“Selain itu, kita turut merampas 750 unit bubu lagi bernilai RM22,500 dalam serbuan berasingan di Jeti Bagan Tengkorak. Semua rampasan itu dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor bagi tindakan lanjut,” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI