fbpx

Banjir: Penduduk perlu peka ramalan cuaca terkini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN menyantuni mangsa banjir ketika melawat PPS Dewan Serbaguna Kota Kecil, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Rakyat terutama penduduk berisiko banjir perlu lebih responsif dan peka dengan ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) supaya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, informasi diterima itu penting bagi membolehkan persediaan dibuat di peringkat awal khususnya di kawasan yang bakal berlaku banjir besar.

“Sebagai contoh difahamkan terdapat 65 hotspot banjir di Kota Tinggi, penduduk terbabit perlu bersiap siaga. Sejak 4 Januari sehingga hari ni sudah lebih seminggu banjir melanda.

“Jadi saya gesa supaya kita peka dan mengikut ramalan Jabatan Meteorologi kerana mereka ‘the most credible’ (mempunyai kredibiliti) dalam ramalan.

“Sebab itu merupakan tugas hakiki mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau juga memuji kecekapan polis Kota Tinggi susulan tiada sebarang laporan membabitkan pencerobohan melibatkan premis dan rumah yang terlibat banjir berikutan hasil pemantauan keselamatan dilakukan 24 jam sehari sepanjang banjir berlaku.

Saifuddin berkata, setakat ini semua aset di 13 balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi melibatkan pacuan empat roda dan bot dapat diselaraskan dengan baik dalam kerja-kerja menyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI