fbpx

680 PATI warga Filipina dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIM Sabah mengusir pulang seramai 680 PATI warga negara Filipina ke negara asal semalam. -Foto: Ihsan JIM Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Sabah mengusir pulang seramai 680 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal semalam.

Semua PATI yang ditahan di Depot Imigresen Sandakan itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut MV Antonia ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina melalui Pelabuhan Sandakan.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PATI yang diusir pulang terdiri daripada seramai 552 lelaki, 93 wanita dan 31 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun serta empat bayi.

“Program pemindahan ini adalah siri pertama untuk kategori usir menerusi laut bagi tahun 2024. Semua PATI yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI