fbpx

3 budak perempuan nekad kembara 5,000 kilometer jumpa BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga sekawan tersebut nekad melarikan diri dari Tamil Nadu untuk masuk ke Korea Selatan secara haram. - AXELLE/BAUER-GRIFFIN/FILMMAGIC

NEW DELHI – Tiga budak perempuan berumur  13 tahun nekad melakukan perjalanan  lebih 5,000 kilometer ke Korea Selatan semata-mata mahu berjumpa kumpulan K-pop kegemaran mereka, BTS.

Ketiga-tiga budak perempuan itu tinggal di sebuah kawasan pedalaman di Karur dalam negeri Tamil Nadu.

Laman berita India Times melaporkan, tiga pelajar  itu hanya membawa wang sebanyak 14,000 rupee (RM782.85) dan masing-masing  tidak mempunyai pasport.

Disebabkan itu, mereka merancang menggunakan laluan air untuk masuk ke Korea Selatan secara haram.

“Mereka membuat keputusan untuk bertemu kumpulan BTS dan menyenaraikan beberapa pelabuhan seperti Thoothukudi di Tamil Nadu dan Visakhapatnam di negeri Andhra Pradesh untuk menaiki kapal ke Korea Selatan.

“Akhirnya, mereka memilih Visakhapatnam,” kata seorang pegawai polis kepada agensi berita PTI.

Menurut laporan, kembara  tiga gadis cilik itu bermula  4 Januari lalu selepas mereka meninggalkan rumah secara rahsia dan bertolak ke Chennai dengan menaiki kereta api.

Meskipun mempunyai  wang yang sedikit, ia tidak mematahkan semangat mereka bahkan, tiga sekawan itu menyewa sebuah bilik hotel di Chennai.

Dalam masa sama, ibu bapa ketiga-tiga gadis  tersebut membuat laporan polis selepas mereka tidak pulang ke rumah. Polis kemudian melancarkan operasi pencarian.

Keesokan harinya, percubaan mereka untuk bertolak ke lokasi seterusnya gagal apabila gadis-gadis itu  sudah keletihan.

Ia menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menaiki kereta api dari Chennai dan pulang ke rumah.

Mereka kemudian berlindung di sebuah institusi milik kerajaan di daerah Vellore, Tamil Nadu sebelum ibu bapa masing-masing dipanggil ke situ.

Kesemua remaja itu diberikan kaunseling sebelum dibenarkan pulang bersama keluarga masing-masing. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI