fbpx

Ya, memang aku gendut – Aurel Hermansyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGAKUI tubuhnya kini berisi, Aurel bagaimanapun bertegas keadaan fizikal sebegitu normal buat wanita yang habis pantang bersalin.

PERCUTIAN ke Korea Selatan meninggalkan impak hitam kepada anak penyanyi Krisdayanti, Aurel Hermansyah apabila gambar bersama suaminya, Atta Halilintar dikutuk netizen gara-gara tubuhnya yang kelihatan berisi.

Gendut dan gemuk antara kata-kata pedas dilemparkan kepada wanita yang baharu melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 November lalu.

Biarpun dipertahankan suaminya, Atta yang mengatakan perubahan fizikal buat ibu menyusukan bayi perkara normal, Aurel tetap pedih hati apabila berdepan sikap negatif netizen.

Enggan berdiam diri, Aurel membidas kecaman dengan mengatakan dia berkorban demi memberikan susu ibu kepada anak kecilnya.

Malah dia sudah sedia untuk mengikuti diet bagi mendapatkan bentuk badan asal selepas bayi yang diberikan nama Azura Humaira Nur Atta itu putus susu.

“Ya, memang aku gendut kerana baru melahirkan sebulan yang lalu.

“Kalau aku mahu mementingkan diri sendiri, dari awal melahirkan saya tak beri langsung anak saya susu badan, diet saja.

“Tak begitu?” tempelaknya dalam laman sosial.

Pada masa sama, ramai pengikut serta rakan selebriti termasuk Inul Daratista memberikan sokongan moral selain meminta Aurel jangan mempedulikan mulut jahat netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI