fbpx

Tiga kereta Ahli Parlimen Beruas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta di kediaman Koo Ham di yer Tawar, Manjung awal pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM Perak

BERUAS – Sebuah kereta milik Datuk Ngeh Koo Ham hangus rentung manakala dua lagi rosak dalam kebakaran di garaj kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Ayer Tawar, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Turut terbakar ialah siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohd. Zaki Mokhtarmin, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba diketuai komander operasi, Tarmizi Abdul Ghani, tiba ke tempat kejadian tujuh minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan itu kemudian melakukan pemadaman api menggunakan air dan ‘foam’ sebelum kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 3.40 pagi.

Beliau menjelaskan kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa dan ketika kejadian, Koo Ham dan isteri berada di rumah tersebut.

Jelas beliau, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 4.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI