fbpx

Tentera AS dan Britain tembak dron, misil Houthi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal USS Dwight D. Eisenhower transit di Selat Hormuz pada 26 November 2023. – AFP

SANA’A – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Britain menembak jatuh 18 dron dan tiga peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan pemberontak Houthi ke arah laluan perkapalan di Laut Merah semalam.

Serangan itu berlaku seminggu selepas 12 negara yang diketuai AS memberi amaran terhadap Houthi mengenai akibat yang bakal mereka terima sekiranya tidak menghentikan serangan ke atas kapal-kapal komersial.

“Kumpulan Houthi melancarkan satu serangan kompleks menggunakan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) buatan Iran, peluru berpandu kruz antikapal dan peluru berpandu balistik antikapal.

“Ia dilancarkan dari kawasan-kawasan yang dikawal mereka di Yemen ke arah Laut Merah,” kata Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (Centcom) dalam satu kenyataan.

Tambah Centcom, dron dan peluru berpandu itu ditembak jatuh oleh gabungan pesawat perang F/A-18 yang beroperasi dari kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower serta sebuah kapal pemusnah Britain dan tiga milik AS.

“Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan,” katanya.

Washington menubuhkan pasukan petugas tentera laut multinasional bulan lalu untuk melindungi laluan perkapalan Laut Merah daripada serangan Houthi yang menyasarkan kapal-kapal berkaitan Israel. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI