fbpx

Sinead O’Connor meninggal dunia atas sebab semula jadi – Mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAMAH Shuhada'. - Washington Post

DUBLIN – Sebuah mahkamah di Ireland memutuskan bahawa kematian penyanyi terkenal, Sinead O’Connor pada tahun lalu adalah disebabkan oleh faktor-faktor semula jadi, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC)  semalam.

O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di London pada Julai tahun lalu. Allahyarhamah kemudian disahkan meninggal dunia ketika berusia 56 tahun.

“Mahkamah mengesahkan bahawa O’Connor meninggal dunia kerana sebab-sebab semula jadi. Mahkamah kini menutup penglibatan dalam kes kematiannya,” kata kenyataan dikeluarkan Mahkamah Koroner Southwark semalam.

Pada hari yang sama keputusan diumumkan, polis menyatakan bahawa ia tidak mengesyaki sesiapa pun terlibat dalam kes kematian O’Connor.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Nothing Compares 2 U’ itu memeluk agama Islam pada 2018 dan telah mengeluarkan 10 buah album antara 1987 hingga 2014. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI