fbpx

Sindiket eksport heroin ke Hong Kong guna patung katak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Kamarudin Md Din (dua dari kiri) menunjukkan patung katak digunakan untuk mengeksport dadah heroin ke Hong Kong di IPK Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan tiga individu termasuk seorang wanita yang merupakan sindiket dadah heroin base bernilai RM7.89 juta di sebuah kondominium sekitar ibu negara dan Hong Kong, dalam serbuan dijalankan pada 5 Januari lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, serbuan berkenaan adalah hasil perkongsian maklumat daripada Narkotik Bureau Hong Kong yang turut melakukan serbuan pada hari sama.

Katanya, polis berjaya menahan suspek lelaki tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan wanita Mongolia berusia 25 hingga 48 tahun di sebuah kondominium Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek lelaki terbabit dipercayai pakar dalam pembungkusan dadah yang mana mereka akan menyusun hampir 10 bungkus dadah dalam setiap patung simen berbentuk katak sebelum dihantar ke Hong Kong menggunakan perkhidmatan courier.

“Di Hong Kong pula, mereka menahan dua individu termasuk seorang wanita berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran Hong Kong,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin, polis berjaya merampas 74.03 kilogram (kg) serbuk bahan kimia; heroin base (7.42 kg) dan peralatan pembungkusan semula dadah di Malaysia manakala 3.5 kg heroin base di Hong Kong.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM7.89 juta untuk pasaran Malaysia manakala untuk pasaran Hong Kong bernilai HKD$ 13.26 juta. Dadah ini boleh digunakan oleh seramai 399,168 orang penagih dadah.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah tempat sebagai kediaman premis menjadikan pembungkusan sebelum diedarkan untuk pasaran Hong Kong,” jelasnya.

Tambahnya, saringan awal terhadap suspek mendapati suspek wanita Mongolia positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin manakala suspek tempatan mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 6 hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Operasi ini telah berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah bagi pasaran Hong Kong.

“JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan. Kita berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh disalurkan di talian 012-208 7222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI