fbpx

Ladang ayam diserbu, simpan lebih 84 tong gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa menunjukkan tong gas LPG yang disita dari sebuah ladang ayam di Tapah semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAPAH – Sebanyak 84 tong gas Liquefied Petroleum Gas (LPG) dan 94 tong kosong bernilai RM20,334.40 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di ladang ternakan ayam di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan sitaan itu diambil ketika KPDN Cawangan Tapah melakukan operasi pemeriksaan ke atas barangan kawalan di ladang yang disyaki menyimpan LPG pada pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata, operasi itu adalah hasil risikan dan pemantauan anggota penguat kuasa KPDN selama dua minggu ke atas aktiviti pengedaran LPG di kawasan ladang berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, ditemui sejumlah tong LPG disimpan di tempat khas berhampiran kawasan ladang. Seorang lelaki berumur 45 tahun mengaku sebagai kerani memaklumkan gas LPG itu adalah untuk kegunaan ladang bagi proses memanaskan anak ayam.

“Pihak ladang gagal mengemukakan permit penyimpan barang kawalan. Sehubungan itu, tindakan menyita 84 tong gas LPG dan 97 tong kosong dibuat,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.

Kesalahan itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau maksimum tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Bagi badan korporat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, mereka boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI