fbpx

Pengampunan Najib adalah spekulasi dan tidak berasas – Muhammad Shafee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa, laporan berhubung Lembaga Pengampunan oleh sebuah portal media antarabangsa, sebagai suatu spekulasi yang tidak berasas.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada masa sama pihaknya juga tidak mengetahui identiti sumber yang tidak dinamakan portal berita, Channel News Asia (CNA) tersebut.

“Anggota tetap Lembaga Pengampunan adalah Yang DiPertuan Agong (YDPA), Menteri Wilayah Persekutuan (bagi kes-kes yang melibatkan Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan Peguam Negara. Nama anggota-anggota dirahsiakan dan tidak pernah didedahkan.

“Oleh itu, adalah jelas bahawa sekiranya Lembaga Pengampunan akan bersidang berhubung permohonan Datuk Seri Najib, ia akan dilalkukan dengan penuh kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kami, peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Najib yang terlibat dalam petisyen pengampunan tersebut tidak pernah dimaklumkan mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Lembaga Pengampunan berhubung permohonan anak guam kami.

“Oleh itu kami agak terkesima dengan bagaimana CNA membuat spekulasi mengenai berita yang tidak berasas ini,” kata Muhammad Shafee.

Hari ini, CNA membuat spekulasi berita bertajuk “Malaysia set to decide on jailed former PM Najib’s high-stakes bid for royal pardon”.

Media berkenaan melaporkan, Lembaga Pengampunan dijadual membuat keputusan berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan pada akhir bulan ini.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee dalam turut mengingatkan media dan orang awam bahawa berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDPA, tidak terhalang, tidak terikat dan bersifat mutlak.

“Oleh itu, ia adalah tindakan yang tidak hormat untuk meneka aktiviti Lembaga Pengampunan, yang sifat kerjanya mesti dijalankan secara rahsia untuk berkesan dalam memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong,”kata Muhammad Shafee lagi.

Tambah peguam terbabit pelanggaran kerahsiaan ini boleh menjurus kepada pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI