BRISBANE, Australia – Seekor makhluk laut sepanjang 2.74 meter dengan gigi yang tajam berjaya ditangkap oleh seorang pemancing di luar pantai New South Wales, Australia, lapor laman berita Daily Star semalam.
Jason Moyce berkata, haiwan yang kelihatan seperti ular itu berkemungkinan adalah belut.
Namun, lelaki itu mengakui bahawa dia tidak pasti spesies haiwan marin tersebut.
Akhbar The Miami Herald melaporkan bahawa makhluk itu mempunyai mulut berbentuk cengkung dan gigi seperti kuku yang dipintal.
“Ia adalah sesuatu yang baharu buat saya setelah memancing secara komersial selama 50 tahun. Gigi makhluk itu kelihatan seperti belut Moray,” tulis Moyca di laman Facebook pada minggu lalu.
Netizen yang mengulas di media sosial dengan menyatakan haiwan itu sama seperti yang ditonton dalam filem seram. – AGENSI