fbpx

Nelayan warga asing leka tangkap ikan ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan warga asing yang ditahan APMM diTanjung Sungai Belukang, Lumut semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 bersama tiga nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak pada kedudukan kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Sungai Belukang di sini sekitar pukul 12.20 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot tersebut dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi bot APMM.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan dan mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 28 hingga 46 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta beroperasi kurang dari 8 batu nautika dari daratan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakukan dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu beroperasi kurang dari 8 batu nautika dari daratan.

“Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan beserta peralatan menangkap ikan dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya.

“APMM menegaskan kepada komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil,” katanya.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan orang ramai kepada APMM di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI