fbpx

[VIDEO] Kopi mahal 100 gram RM4,500 laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tular di TikTok menunjukkan Kopi Emas Paraiso yang berharga RM4,500 setiap 100 gram.

PETALING JAYA – Harga ‘kayangan’ tidak menghalang pembeli daripada berbelanja sebanyak RM4,200 setiap 100 gram untuk membeli Kopi Emas Paraiso yang berasal dari Amerika Selatan.

Menurut sebuah hantaran tular di TikTok, penjualan biji kopi tersebut laku keras terutama dalam kalangan peminat kopi.

Selepas dibancuh, harga secawan kopi tersebut boleh mencecah RM1,200.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpendapat kopi tersebut hanya sesuai dinikmati oleh peminat kopi ‘sebenar’.

Rata-rata pengguna lain pula lebih rela membeli kopi yang lebih murah berbanding berhabis duit membeli kopi ‘kayangan’.

“Hanya untuk pencinta kopi. Baunya pahit dan sangat pekat,” kata Theimpawsible.

“100 gram harga macam ini? Kalau jadi espreso hanya dapat 5.5 cawan sahaja,” kata Apiz.

“Satu gram kopi ini bersamaan RM42, mahal betul,” kata Redlinebie.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 38,400 tanda suka dan 1,441 komen. – KOSMO! ONLINE

@drsafmaj92 Kopi paling mahal aku pernah jumpa #bacha #bachacoffeemalaysia #kopi #coffeebean ♬ original sound – hairbyharleyy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI