fbpx

[VIDEO] Kedai makan bungkus, kira sendiri, tak takut kena curi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada pengguna @jejakawangi yang dikongsikan di TikTok.

PETALING JAYA – “Kali pertama jumpa kedai makan macam ni. Mereka tak takut kena curi?”

Itu persoalan pertama yang pasti bermain di fikiran ketika mengunjungi sebuah kedai menjual nasi dan lauk-pauk berkonsepkan layan diri, di Puchong.

Menerusi perkongsian video pengguna @jejakawangi di TikTok itu, bayaran juga boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan.

“Pertama kali saya jumpa kedai macam ni yang jual lauk-pauk Melayu sedap dan harga berpatutan. Tiada tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Memang ramai yang beli kat situ.

“Paling unik ia berkonsepkan layan diri daripada ambil lauk, bungkus, kira, bayar dan ambil baki sendiri dalam bekas yang disediakan. Persoalan saya, penjual ni tak takut ke orang ambil kesempatan?,” soalnya.

Orang ramai turut teruja dengan perkongsian itu, malah tertanya-tanya mengapakah konsep berkenaan diketengahkan pemilik.

“Rasanya dia macam nak buat sedekah sama kot. Dia mesti tau ada yang tak bayar punya,” ujar @Sarah Abdullah.

“Mesti pemilik introvert,” komen @Faiz Razali.

“Power iman tuan kedai ni, pegang dengan rezeki Allah,” kata @Gabriel.

Dalam masa sama, ada yang mendakwa konsep berkenaan mula digunakan susulan pemiliknya kekurangan pekerja.

“Dulu boleh makan kat situ tapi sejak dia orang tak cukup staf sebab ada katering, ubah buat macam ni. Serius sedap, murah pulak tu. Saya hari-hari beli situ yang penting kena jujurlah,” kongsi @nurdayanabasirah. – KOSMO! ONLINE

@jejakawangi Kedai makan paling affordable kat sini! Lokasi di shoplot Sierra 16, Puchong, Slgr. Sebelah MBE Sierra 16. Nama kedai tatau. Takde signboard, takde nama kedai, takde apa2! Tapi ramai jgk org 😅 #fyp #foodie #foodtiktok #klfoodie #entrepreneur #businessowner ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI