fbpx

KBS berjaya laksana 27 transformasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KBS aktif menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dalam kalangan pelajar sekolah untuk mencari bakat baharu. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sepanjang lebih setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, pelbagai kejayaan dan tranformasi berjaya dilakukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejayaan dan tranformasi itu merangkumi tiga elemen utama iaitu Merakyatkan Sukan dan Fasili­ti KBS, Memperkukuhkan Ekosistem Sukan serta Memperkasakan Belia Madani.

Menerusi tiga elemen utama itu, sebanyak 27 pembaharuan berjaya dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sepanjang menerajui kementerian itu.

Beliau berkata, pencapaian dan kejayaan tersebut turut dibantu oleh sebuah pasukan yang kuat dalam KBS.

“Saya mempunyai pasukan yang hebat di KBS, cukup bersemangat untuk me­lakukan perubahan positif.

“Terima kasih kepada Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Ketua Setiausaha KBS, Dr. K Nagulendran dan pegawai-pegawai di pejabat saya atas usaha dan visi yang dijalankan,” katanya pada hantaran di Facebook semasa genap setahun menerajui KBS pada 3 Disember lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, KBS sentiasa mengorak langkah untuk melakukan pembaharuan dan perubahan yang positif.

“Bekerja seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir saya di Putrajaya, 365 hari pecut. Bekerja pada pembaharuan yang akan me­ngubah ekosistem untuk peme­gang kepentingan kami.
“Ia memerlukan pasukan penjawat awam yang padu di KBS Malaysia kerana mereka begitu teruja ke arah perubahan positif bagi menjayakan sesuatu,” ujarnya.

Pada masa sama, Hannah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin dan berkhidmat dalam kementerian berkenaan.

Antara kejayaan yang berjaya dikecapi Hannah termasuk membuka fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil kepada acara sekolah secara percuma, pelepasan cukai RM1,000 meliputi perbelanjaan sukan bermula 2024.

Malah KBS di bawah kepimpinan beliau juga turut menyediakan geran padanan sukan RM40 juta untuk persatuan menganjurkan kejohanan meningkatkan prestasi atlet.

Hannah turut menubuhkan jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam misi negara meraih pingat emas pertama Olimpik yang melibatkan dua kitaran iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Selain itu, kementerian turut memberi bantuan RM5 juta setiap tahun kepada Majlis Belia Malaysia dan badan gabungan, mewujudkan klinik kesihatan wanita pertama untuk atlet dan banyak lagi demi manfaat atlet serta rakyat Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI