fbpx

Jangan kongsi perkembangan diri di media sosial jika terkena sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Ahmad Fedtri di laman TikTok.

PETALING JAYA – Elakkan sebarang perkongsian mengenai diri, terutamanya tentang perkembangan kesihatan di media sosial sekiranya terkena sihir.

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya berkata, perkongsian tersebut mungkin akan membawa lebih banyak keburukan, lebih-lebih lagi jika si penghantar sihir sedang ‘memantau’.

“Biasanya sihir ini, dihantar oleh orang yang dekat dengan kita disebabkan ada rasa dengki, cemburu atau sakit hati.

“Bila orang yang rapat dan kenal kita ini lihat ada perkembangan tertentu, janganlah tunjuk kita sudah bertambah baik,” ulasnya.

Tambah Ahmad Fedtri, perkara dikhuatiri menjadi semakin serius sekiranya orang yang terkena sihir tersebut gemar membuat hantaran di laman sosial masing-masing.

“Orang yang menghantar sihir selalunya hendak lihat kita jatuh. Jadi jangan update kita pergi berubat atau bertambah baik.

“Nanti orang (yang menghantar sihir) akan jadi sakit hati. Kalau boleh, kita rahsiakanlah segala apa yang berlaku sepanjang proses pemulihan,” katanya.

Menurut Ahmad Fedtri, teruskan memohon kepada Allah SWT dan meminta kesembuhan daripadaNya.

“Tentang orang (yang menghantar sihir), biar Allah sahaja yang membalasnya.

“Kalau kita balas dengan sihir juga sudah jatuh syirik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@fedtriyahyaSihir adalah mainan dan sahabat syaitan. Kita tak tahu siapa yang melihat kita dengan pandangan kedengkian dan hasad. Kalau kita canang kita makin baik, itu pasti tidak disenangi orang yang melakukan kerana matlamat mereka ialah untuk melihat kita jatuh atau lebih buruk – mati! Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir dan musuh yang terselindung.

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI