fbpx

Isteri Tun Daim, dua anak tiba di SPRM Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Na'imah

PUTRAJAYA – Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid bersama dua anak lelakinya tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sebentar tadi.

Beliau hadir dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna perak kira-kira pukul 10.05 pagi.

Turut mengiringi isteri bekas Menteri Kewangan itu adalah peguam, Rajesh Nagarajan.

Media semalam melaporkan, keterangan isteri dan anak kepada tokoh konglomerat terkenal itu dijangka diambil SPRM hari ini.

Keterangan ahli keluarga bekas pemimpin kanan itu akan diambil selepas SPRM memulakan siasatan terhadap beliau.

Proses berkenaan dilakukan selepas SPRM mendapati pemilik kepada bangunan Menara Ilham yang disita baru-baru ini adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh isteri dan anak kepada Daim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI