fbpx

Isteri Tun Daim dakwa suaminya dianiaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nai’mah melambai kepada media sebelum memberikan keterangan di SPRM Putrajaya tadi. -Foto oleh KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA – Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan dalam bidang perniagaan dan industri diceburi.

Bercakap menerusi sidang akhbar sebelum masuk ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini tadi, Nai’mah turut mendakwa kejayaan dikecapi Tun Daim kini dijadikan alasan memfitnah nama baik selain menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Menurutnya, umum mengetahui Tun Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984.

Malah, media secara meluas merujuk Tun Daim sebagai hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu.

“Sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan.

“Malah, ia menguntungkan negara melalui pembangunan membina ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI