fbpx

EPL: Lopetegui calon terbaik ganti Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOPETEGUI berminat untuk terus berada di England biarpun pernah dipecat oleh Wolves sebelum musim ini bermula. - AFP

MANCHESTER – Manchester United berkemungkinan besar mengalihkan fokus mereka untuk mendapatkan Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu sekiranya pengurusan tertinggi kelab membuat keputusan memecat Erik Ten Hag.

Masa depan Ten Hag, 53, di Old Trafford terus menjadi perdebatan hangat susulan prestasi mengecewakan The Red Devils musim ini meskipun berjaya menewaskan Wigan 2-0 pada pusingan ketiga Piala FA awal pagi semalam.

Difahamkan, pemilik bersama United iaitu bilionair Great Britain, Sir Jim Ratcliffe sudah mempunyai senarai calon berpotensi dilantik menggantikan tempat Ten Hag selepas ini.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila nama Lopetegui disebut-sebut sebagai calon hangat kerana pengendali berusia 58 tahun itu mahu terus mengendalikan kelab di England.

Bekas pengendali skuad antarabangsa Sepanyol itu bukan nama asing di England kerana beliau pernah mengendalikan Wolverhampton Wanderers dari 14 November 2022 hingga 8 Ogos tahun lalu.

“Bola sepak di England begitu istimewa. Ia (EPL) adalah liga paling kompetitif dan terbaik di dunia. Sudah tentu saya dan pasukan (barisan kejurulatihannya) mahu terus berada di England,” kata Lopetegui.

Lopetegui dianggap antara jurulatih elit yang mempunyai reputasi besar kerana pernah mengendalikan gergasi-gergasi Eropah seperti juara Portugal, Porto, Real Madrid dan Sevilla sebelum ini.

Dalam masa sama, United tidak bercadang mendapatkan Graham Potter sebagai pengurusnya, sebaliknya Ratcliffe mahukan bekas pengendali Chelsea itu melatih satu lagi pasukan miliknya, Nice musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI