fbpx

Dua remaja lemas mandi parit di Tanjung Sedili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga memangku salah seorang remaja yang ditemui mati lemas ketika mandi parit di Kampung Perpat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi tengah hari tadi.

KOTA TINGGI – Kegembiraan lima remaja mandi di sebuah parit di Kampung Perpat, Tanjung Sedili di sini bertukar tragedi selepas dua darinya ditemui lemas tengah hari tadi.

Mangsa, Muhammad Airell Iskandar, 14 ditemui kira-kira 1.35 tengah hari, manakala rakannya, Mohamad Azihan Baharum, 18 ditemui 10 minit kemudian dalam keadaan tidak bernyawa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan datang ke parit itu untuk mandi bersama beberapa rakan yang lain.

“Belum pasti mereka adalah mangsa banjir atau tidak berikutan siasatan masih dijalankan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat.

“Kami turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI