fbpx

Cuaca buruk landa Johor, Sarawak, Sabah hingga 16 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengemas kini ramalan luruan angin timuran diramalkan berlarutan sehingga 16 Januari dan menyebabkan hujan di Sarawak, timur Sabah dan timur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

Menurut MetMalaysia, keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tersebut.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sarawak yang berkuat kuasa pada 11 sehingga 12 Januari.

“Kami juga meramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.

“Oleh itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia, media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata MetMalaysia dalam laporan itu.

Dalam pada itu, MetMalaysia hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri iaitu Sarawak, Johor dan Pahang berkuat kuasa sehingga pukul 5 petang hari ini.

“Di Sarawak, amaran tersebut dikeluarkan bagi daerah Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu. Manakala bagi Johor pula ia melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian serta Rompin di Pahang,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI