fbpx

CEO syarikat AI didakwa sumbat mayat anak dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suchana dibawa ke Mahkamah Mapusa di Goa Utara. – PTI

NEW DELHI – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kepintaran buatan (AI) di India diberkas polis selepas mayat anak lelakinya yang berusia empat tahun ditemui disumbat di dalam bagasi miliknya, lapor portal berita MailOnline.

Suchana Seth, yang mengetuai syarikat permulaan, The Mindful AI Lab ditahan kelmarin sejurus dia pulang dari lawatan kerja ke Goa menggunakan teksi.

Menurut laporan, Suchana mendaftar masuk di sebuah hotel di Goa bersama anaknya Sabtu lalu, namun seorang pekerja menyedari mangsa tidak mendaftar keluar bersama suspek.

Pekerja hotel tersebut turut menemui kesan darah ketika membersihkan bilik suspek sebelum dia membuat laporan polis.

Polis bertindak pantas dengan menghubungi pemandu teksi yang diupah hotel berkenaan untuk bercakap dengan suspek sebelum dia memberitahu bahawa anaknya berada di rumah rakannya di Goa Selatan.

Selepas mendapati maklumat yang diberikan palsu, polis mengarahkan pemandu teksi memandu ke balai terdekat sebelum memeriksa bagasi milik suspek.

“Apabila bagasinya dibuka, mayat anaknya ditemui disumbat di dalam beg itu,” kata Superintendan Polis Goa Utara, Nidhin Valsan.

Suchana kini ditahan reman selama enam hari, manakala motif jenayah itu masih disiasat. Namun, polis percaya masalah rumah tangga yang dihadapi suspek mungkin menjadi punca kepada tindakannya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI