fbpx

Bella masih dalam negara, dua lagi individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISHAM (kiri) bersama ibunya, Noraini menunjukkan gambar Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

BATU PAHAT – Polis mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kehilangan seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut percaya wanita yang lebih dikenali sebagai Bella itu masih berada dalam negara.

Menurutnya, dua individu lagi ditahan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik.

“Buat masa ini kita masih lagi membuat siasatan dan ada perkembangan yang saya rasanya saya ‘reserve’ (rahsia) dulu (namun) saya sahkan ada dua tangkapan dan kita telah reman mereka ini.

“Saya tak boleh beritahu (secara terperinci) kerana kalau dedahkan mungkin sensitif kerana siasatan sedang berjalan nanti orang nak bawak keluar Bella pun tak jadi bawa keluar,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading di sini.

Terdahulu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, serta ahli keluarganya tampil membuat laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Susulan itu, lima individu diambil keterangan bagi membantu siasatan termasuk teman lelaki Bella yang berusia 24 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Disember tahun lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI