fbpx

Ayda Jebat rasa kekok tukar lampin anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT

PETALING JAYA – Selebriti popular Ayda Jebat berasa kekok buat pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, semua tugas itu dilakukan suaminya Nabil Mahir sebelum ini.

“Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak kedua). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.

“Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.

“Mummy buat laju-laju tadi macam Naruto. Lancar selancarnya. Tak menangis, siap, susu dan terus tidur. Bapanya kepenatan, kesian Dada (Nabil), saya cinta kalian berdua,” ujarnya lagi.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen menyelar tindakan Ayda apabila menyifatkan wanita berusia 32 tahun itu sebagai mengada-ngada dan seperti mahukan perhatian orang ramai.

“Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul,” komen seorang netizen.

Kasihan suami dapat isteri yang semua benda nak harapkan dia. Takkan tukar lampin pun tak biasa, bukannya baru semalam beranak, nak perhatian,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

“Macam kau sahaja pandai tukar lampin, kalau tak pandai buat semua itu, jangan kahwin, duduk je seorang sampai tua,” komen seorang netizen lagi.

Sebelum ini, wanita kecil molek itu meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, terutama dalam urusan menguruskan anak.

Kata pelantun lagu Pencuri Hati itu, selama ini lebih 70 peratus kerja-kerja menguruskan anak dilakukan suaminya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI