fbpx

Atlet olahraga digantung gara-gara doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG atlet lompat tinggi negara menggunakan bahan terlarang dan berdepan penggantungan selama dua tahun. - GAMBAR HIASAN

SEORANG atlet lompat tinggi negara menerima padah apabila menerima hukuman penggantungan dan tidak dibenar terlibat dalam sebarang penyertaan sukan selama dua tahun selepas gagal dalam ujian doping sewaktu Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tahun lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), keputusan itu selaras dengan Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan World Anti-Doping 2021 mendapati seorang atlet lompat tinggi tersebut telah melanggar peraturan anti-doping yang ditetapkan.

Akibat kesalahan tersebut, atlet berkenaan akan menjalani hukuman tersebut bermula 2 Jun 2023 sehingga 1 Jun 2025.

“Keseluruhan proses telah dijalankan dengan telus dan mengikut Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM),” kata ADAMAS dalam satu kenyataan.

Tambahnya, atlet tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis selewat- lewatnya 24 Januari 2024 (Rabu) kepada pihak ADAMAS.

Dalam pada itu, ADAMAS turut memberi amaran kepada atlet agar perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan atau sampel darah mereka.

“Prinsip kebertanggungjawaban mutlak (Principle of Strict Liability) adalah terpakai kepada atlet. Ini bermakna setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin mahupun sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping.

“Tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.

“Oleh itu, adalah penting untuk semua atlet dan Kakitangan Sokongan Atlet mematuhi peraturan anti-doping dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,” menurut kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI