fbpx

Acara sukan pacu pertumbuhan premis F&B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAM LEONG (tengah) dan Paromeeta (empat dari kanan) pada sesi pengenalan pek baharu BIZone oleh Astro di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Siaran hiburan, terutamanya acara sukan secara langsung dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan premis makanan dan minuman (F&B), berdasarkan tinjauan oleh peneraju data, penyelidikan dan perkhidmatan konsultasi, Kantar.

Tinjauan Tingkah Laku Pengguna Malaysia mengenai Penggunaan Di Luar Rumah & Peluang itu menemukan bahawa 95 peratus responden menyatakan mereka makan di luar setiap minggu sambil menonton televisyen.

Menurutnya, pada musim bola sepak, pelanggan kedai makan bukan bar, bistro atau pub meningkat sebanyak 58 peratus.

Pada masa sama, 77 peratus pelanggan di restoran India dan restoran mamak menghabiskan masa dua kali ganda lebih lama sehingga dua jam ketika acara sukan bersiaran secara langsung.

Pengurus Besar, Ketua Bahagian Tinjauan Negara Kantar Malaysia, Paromeeta Mathur Banerjee berkata, tinjauan Kantar menunjukkan bahawa hiburan terutamanya sukan siaran langsung boleh dipertimbangkan sebagai tawaran utama oleh mana-mana kedai F&B kerana itulah yang dikehendaki pelanggan.

“Kedai F&B yang menawarkan hiburan Astro mempunyai capaian yang tinggi terutamanya di kawasan Lembah Klang dengan anggaran capaian pelanggan unik melebihi 4.2 juta.

“Sukan siaran langsung turut meningkatkan lagi capaian kedai F&B dalam menarik perhatian para pelanggan dan membuatkan mereka menghabiskan lebih masa pada setiap kunjungan,” katanya pada sesi pengenalan pek baharu BIZone oleh Astro di sini hari ini, yang menyasarkan kepada premis F&B.

Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, acara sukan utama seperti Liga Malaysia, Piala Dunia dan Liga Perdana bukan sahaja membantu meningkatkan kehadiran pelanggan baharu dan kunjungan berulang, malah masa yang diluangkan pelanggan di premis.

“Pek baharu ini memiliki 15 saluran sukan, 25 saluran bukan sukan dan lapan saluran siaran percuma dan ditawarkan pada harga yang lebih adil dengan mempertimbangkan jenis perniagaan sama ada turut menghidangkan alkohol atau tidak serta saiz perniagaan pada harga bermula RM400 sebulan.

“Bagi memudahkan urusan perniagaan, kontrak BIZone dikurangkan dari 24 bulan kepada 12 bulan berbanding pek lama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI