fbpx

Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

KUALA PILAH – Polis mengesan seorang wanita yang disyaki melarikan barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Gani berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan tersebut pada pukul 4.05 petang, 3 Januari lalu.

Menurut beliau, semakan menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati wanita tersebut memakai baju berwarna hijau dan berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata serta memakai pelitup muka.

“Wanita itu berpura-pura (menyamar) sebagai perlanggan dengan mencuba barang kemas sebelum melarikan aksesori tersebut.

“Suspek melarikan dua utas gelang tangan emas seberat 132.75 gram menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian sebanyak RM 41,085,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI