fbpx

[VIDEO] Ular tedung ‘berdiri’ naik atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor ular ditedung menjalar di atas bumbung sebuah rumah.

PETALING JAYA – Seekor ular tedung selar gergasi mencuri perhatian pengguna media sosial ketika ditemui menjalar di atas bumbung sebuah rumah.

Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok Celia Rosa, memaparkan seekor ular tedung gergasi dianggarkan berukuran 5 meter menjalar ke atas bumbung sebuah rumah.

Lebih menggerunkan, reptilia itu dilihat mampu ‘berdiri’ setinggi hampir satu meter dan bergerak dalam keadaan menegak.

“Tengoklah saiz ular itu,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

Video itu yang tular sejak semalam, menerima sebanyak 4 juta tontonan dan menjadi mencuri tumpuan orang ramai di ruangan komen.

“Unik dan hebat kuasa Allah SWT, segalanya mungkin,” kata Fendy Ahmad.

“Kalau aku, tak apalah ular, kau duduklah sini aku pindah rumah lain,” ujar Kintroverto.

“Takutnya, rasa macam tak selamat,” tambah Intan Sayang. – KOSMO! ONLINE

@celiarosa092 Olha o tamanho desa cobra😯 #cobra #serpentes🐍🐍🐍🐍 ♬ som original – Célia092

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI