fbpx

Tergamak noda anak tiri berusia 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi tertuduh untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 32 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Tertuduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut di sebuah rumah di Pasir Puteh di sini pada Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Nooriah sebelum menjatuhkan hukuman itu menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh bukan sahaja salah di sisi undang-undang dan agama, malah ia satu perbuatan keji.

“Saya berharap hukuman ini memberi pengajaran kepada kamu selain insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya juga harap kamu kembali menjadi orang yang lebih baik kepada diri sendiri, masyarakat dan negara,” katanya.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara 10 tahun tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 29 Jun 2023.

Mengikut fakta kes, nenek mangsa terkejut selepas cucunya memaklumkan dia telah diperkosa bapa tirinya. Warga emas itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Berdasarkan keterangan remaja itu, bapa tirinya menarik mangsa ke ruang tamu sebelum merogolnya semasa berada seorang diri di rumah.

Mangsa tidak sempat melarikan diri. Suspek meminta mangsa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI