JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan gempar apabila mayat seorang lelaki ditemui ditanam dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya menjulur keluar dari dalam tanah, lapor laman berita Poros Kalimantan.
Mayat itu ditemui pada 4 Januari lalu oleh seorang pemancing dikenali sebagai Awi.
Awi berkata, dia menemui mayat tersebut dalam keadaan separuh badan mangsa tertimbus di dalam tanah.
“Mayat ini mayat seorang lelaki,” kata Awi.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Kintap, Inspektor M. Baysori berkata, mayat itu ditemui di sebuah lokasi tidak jauh dari jalan raya.
Sementara itu, Ketua Mukim Kintap, Sutarno ketika dihubungi laman berita Banjarmasin kelmarin berkata, identiti mayat itu masih belum dapat dikenal pasti.
Menurutnya, tiada juga laporan diterima daripada penduduk setempat mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing.
Polis masih melakukan siasatan dan mengumpul maklumat daripada penduduk setempat berhubung insiden itu. – AGENSI