fbpx

Tak mati dalam perang, mati sebagai gelandangan – Jurufoto Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Motaz di laman X semalam.

PETALING JAYA – Memasuki bulan keempat konflik di antara Palestin dan Israel, ia dilihat semakin genting sejak mula tercetus pada 7 Oktober lalu.

Kekejaman rejim Zionis menyerang seluruh Semenanjung Gaza secara bertalu-talu menjadikan kawasan tersebut seperti penjara terbesar dunia apabila rakyat Palestin di dalamnya adalah ‘tahanan’ yang dibunuh tanpa belas ihsan.

Jurugambar Palestin, Motaz Azaiza menerusi luahan hatinya di laman X semalam berkata, dia sudah bersedia menantikan kematian yang dilihat semakin hampir.

Katanya, keberadaan tentera Israel hanya kurang dari satu kilometer dari tempat tinggalnya ketika ini dan bila-bila masa sahaja dia boleh menjadi korban seterusnya pasukan penceroboh itu.

Dalam ciapan Motaz yang lain, dia juga memaklumkankan bahawa ribuan rakyat Palestin mati ketika melarikan diri kerana terlalu penat selain mengalami masalah kebuluran teruk disebabkan lebih dua bulan mereka terputus sumber makanan serta minuman.

“Perang telah memasuki bulan keempat dan mereka yang tidak mati dalam perang, kini mati sebagai gelandangan di jalanan.

“Beratus kali ganda dalam sehari. Jumlah orang yang syahid dan hilang telah melebihi 30,000 dan serangan terus berlangsung tanpa henti, sementara dunia hanya menyaksikan tanpa tindakan,” luahnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan peguam Palestin, Hassan al-Abadi berkata, dia amat terganggu dengan cara layanan tentera Israel kepada tahanan wanita dari Gaza.

Jelasnya, tahanan wanita itu diperlakukan seperti haiwan apabila mereka diletakkan di dalam sangkar sebelum dibawa menaiki trak untuk ke penjara.

Al-Abadi mengesahkan bahawa terdapat lebih daripada 40 tahanan wanita dari Gaza di Penjara Damon, tetapi mereka dihalang daripada berjumpa dengan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI