fbpx

Syarikat kontraktor didakwa ingkar bayaran ‘award’ RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat pembinaan dan pemiliknya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, kerana tidak mematuhi ‘award’ yang diputuskan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada seorang lelaki yang menuntut wang berjumlah RM 25,000. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Sebuah syarikat pembinaan dan pemiliknya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, kerana tidak mematuhi ‘award’ yang diputuskan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada seorang lelaki yang menuntut wang berjumlah RM 25,000.

Syarikat Ena Ezam Enterprise yang diwakili pemiliknya, Siti Norainah Baharin selaku orang kena saman (OKS), 38, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nor Hafiza Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat itu dan pemiliknya didakwa gagal mematuhi perintah award TTPM yang dibuat di pejabat tribunal itu yang memerintahkan syarikat berkenaan membayar RM 25,000 kepada seorang lelaki berusia 34 tahun yang menuntut wang itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan pada 17 April 2023.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di sini pada 7 Jun 2023.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Janawatul Fieza Hamisan, manakala Siti Norainah tidak diwakili peguam. – KSOMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI