fbpx

Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON Huat-Shevon melepasi halangan pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas menewaskan beregu England, Gregory Mairs-Jenny Mairs. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: SUKAN UTUSAN / SUKAN KOSMO

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai bangkit daripada ketinggalan di set ketiga untuk melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pasangan No.15 dunia itu langsung tidak mengalah sebelum mencatat kemenangan 21-16, 15-21, 21-17 ke atas wakil England, Gregoy Mairs-Jenny Mairs.

Soon Huat berkata, kesungguhan yang ditunjukkan mereka, terutamanya di set ketiga menjadi kunci kemenangan selepas melakukan banyak kesilapan mudah dalam dua set sebelumnya.

“Apa yang paling penting ketika kami bangkit di set ketiga adalah beri semangat antara satu sama lain selain yakin pada diri sendiri. Sebelum itu memang kami ada buat banyak kesilapan mudah.

“Ketika kedudukan 16-16 pada set ketiga, kami ubah permainan dengan menampilkan aksi lebih menyerang dan lebih berani untuk mengawal permainan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menerusi kemenangan itu, Soon Huat-Shevon dijangka bertemu pemenang perlawanan antara beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 12-21, 19-21 kepada pasangan No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Kekalahan itu menyaksikan mereka mengulangi pencapaian tahun lalu apabila turut tersingkir di pusingan pertama menerusi kekalahan straight set 18-21, 21-23 kepada beregu Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Situasi sama turut menimpa beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang akur dengan kekalahan 20-22, 15-21 kepada pasangan muda China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam tempoh 58 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI