fbpx

Ramai wanita bertudung ‘galak’ ikut trend ‘How I Look in 1930s’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengguna TikTok yang bertudung turut membuat trend viral tersebut.

PETALING JAYA – Trend terbaharu di TikTok yang semakin popular ketika ini, How I Would Look Like in The 1930’s dilihat mendapat sambutan menggalakan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tinjauan Kosmo! di platform tersebut mendapati, trend yang mengubah gambar diri seseorang mengikut gaya sekitar 30-an dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat kurang sesuai disertai oleh golongan wanita bertudung.

Ini kerana secara tidak langsung ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap wanita tersebut kerana gambar yang dihasilkan tidak bertudung dan berpakaian seksi.

Pengguna TikTok @ticerfareiza, tampil menasihati golongan muslimah agar tidak terpengaruh dengan trend tersebut kerana ia lebih sesuai diikuti oleh kaum lelaki.

Katanya, jika mereka tetap mahu membuatnya, diingatkan agar tidak memuat naik di media sosial sebagai tatapan umum.

“Sekarang ini tengah trending trend menampakkan wajah kita di zaman 30-an. Aku buat apa, hari-hari video macam ini lalu di ‘FYP’ (for your page) aku. Yang lelaki bagi aku tiada masalah, masalahnya ialah bila perempuan yang bertudung.

“Sebab apa, yang bertudung ini tiba-tiba ramai pula jadi free hair (tidak bertudung) lepas guna ‘filter’ (trend 30-an).

“Kita sebagai wanita muslimah bertudung ini, kita kena tengok dahulu sebelum terjebak dalam sesuatu trend viral dan sebagai wanita bertudung elakkan lah fitnah yang macam ini,” pesannya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Eyka Ismail berkata, meskipun suntingan tersebut menggunakan teknologi AI, namun ia masih boleh menampakkan hampir 90 peratus wajah asli seseorang itu.

“Walaupun sekadar gambar AI, tetapi tetap menampakkan wajah asal awak. tegur tanda sayang tau,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan rata-ratanya menganggap trend itu boleh membuka aib golongan muslimah.

“Gambar itu boleh jadi aib kita walaupun orang tahu kita bertudung, tetapi bila dah disunting ikut trend, nampakkan rambut kita, baju pula seksi, boleh timbul fitnah,” tegur Nurul.

“Fikir dahulu sebelum buat, fikir apa keburukan jika kita muat naik sesautu gambar atau video. Nak ikut trend jangan berlebihan sehingga boleh mendapat fitnah atau dosa sia-sia,” pesan Ayuni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI