fbpx

[VIDEO] Petugas agensi pengangkutan berpaut 6 km pada cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai tersebut terpaksa berpaut pada cermin hadapan kereta. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemandu merempuh anggota agensi pengangkutan jalan sehingga menyebabkan mangsa terpaksa berpaut pada cermin hadapan kereta sejauh 6 kilometer, lapor program berita Liputan6.

Dalam kejadian pada 3 Januari lalu, pemandu berkenaan pada awalnya diarah keluar daripada kenderaannya oleh beberapa petugas agensi pengangkutan di Jakarta.

Pemandu Toyota Avanza itu merakam detik beberapa anggota meminta dia keluar dan mengetuk cermin kenderaannya.

Namun, dia enggan mematuhi arahan mereka, sebaliknya membuat isyarat lucah kepada kakitangan awam tersebut.

Pemandu  kemudian memecut, menyebabkan seorang petugas terpaksa berpaut pada cermin  hadapan kenderaan tersebut.

Rakaman menunjukkan kenderaan itu dipandu laju dan terhuyung-hayang sehingga menyebabkan petugas berkenaan nyaris  terjatuh.

Ketua Badan Pengangkutan DKI Jakarta, Syafrin Liputo berkata, salah seorang petugas agensi pengangkutan cuba menghentikan kenderaan itu, namun gagal.

Menurutnya, kenderaan tersebut juga merempuh sebuah motosikal dan meneruskan perjalanannya sambil dikejar oleh beberapa pemandu lain.

“Akhirnya, orang ramai berjaya menghentikan kenderaan tersebut di Jalan Menteng, manakala petugas berkenaan berjaya diselamatkan,” kata Syafrin.

Pemandu tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Setiabudi sebelum kes itu diselesaikan selepas dia memohon maaf. 

Menurut portal berita Mothership, petugas tersebut berpaut pada cermin kenderaan dari Jalan Denpasar Raya ke Jalan Menteng iaitu sejauh 6.2 kilometer. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI