fbpx

Dituduh buat iklan palsu kerabat Kelantan rasmi kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Khairul Khuzaini (dua dari kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang perunding perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memuat naik iklan palsu di Facebook dengan mendakwa sebuah kedai emas akan dirasmikan kerabat diraja Kelantan.

Tertuduh, Khairul Khuzaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Pemuda itu didakwa bersama dua lagi yang sudah dituduh menggunakan Facebook dengan memuat naik iklan perasmian Kedai Emas A&K Gold And Jewelleries kononnya akan dirasmikan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra yang diketahui adalah palsu.

Perbuatan dilakukan di Kampung Pasir Kota di sini kira-kira pukul 6.55 petang, 16 Oktober lalu

Mahkamah membenarkan Khairul Khuzaini diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu setiap 1 hari bulan.

Mahkamah menetapkan 14 Februari depan untuk sebutan semula kes

Sebelum ini, dua lelaki didakwa atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Bendahara Kelantan tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Oktober lalu.

Pengurus dan pekerja sebuah kedai emas itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Sebelum ini, Khairul Khuzaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tujuh pertuduhan melupuskan dan memindahkan wang hasil pengubahan wang haram bernilai RM53,144, tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI