fbpx

‘Penangan’ gam, lelaki tidak perasan pecahkan cermin kereta jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki dipercayai khayal selepas menghidu gam disyaki membaling batu sehingga cermin kereta jirannya pecah di Taman Muda, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang kontraktor berhubung perbuatan jirannya itu dalam kejadian sekitar pukul 5 petang.

“Suspek disyaki telah membaling batu menyebabkan cermin pintu sebelah kiri pecah dan cemin sisi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza itu patah, anggaran kerugian kira-kira RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Azam, pihaknya telah menahan suspek berusia 33 tahun pada pukul 7.20 malam, kelmarin.

Kata beliau, tindakan reman terhadap suspek telah dikenakan selama empat hari sehingga Khamis ini.

“Siasatan mendapati, semasa kejadian suspek sedang berkhayal kerana menghisap gam dan dia sendiri tidak menyedari apa yang sedang dilakukan.

“Semakan pula mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau termasuk tiga rekod masih dikehendaki kesalahan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI