fbpx

Pemain negara mampu tawan Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah (dua dari kiri) bersama Misbun (kiri) dan Datuk Seri Mohd. Jalani Sidek (kanan) pada majlis perasmian Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam hari ini. - SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Pemain Malaysia mempunyai peluang untuk menjuarai kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024, namun perlu kuat dari segi fizikal dan mental.

Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berkata, dua aspek dilihat amat penting kerana ia mampu memberikan ‘faktor X’ kepada pemain untuk memenangi kejohanan sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

“Pemain negara mempunyai peluang yang sama dengan pemain negara lain untuk memenangi kejohanan tersebut. Tetapi mereka perlu kuat dari segi fizikal dan mental kerana apa yang boleh saya lihat, pemain negara lain telah bersedia dalam setiap aspek.

“Jadi pemain Malaysia kena kuat juga dalam dua aspek ini supaya mereka boleh bersaing dengan pemain negara lain,” katanya selepas merasmikan Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara di Muzium Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjangkakan pemain perseorangan, Lee Zii Jia dan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mampu menjuarai Terbuka Malaysia 2024.

MISBUN ketika ditemu bual pengamal media di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam hari ini. – SADDAM YUSOFF

Keyakinannya itu berdasarkan faktor kondisi ketiga-tiga pemain tersebut di samping kelebihan bermain di gelanggang sendiri.

Dalam pada itu, Misbun menambah, taktikal pemain negara menentang lawan yang akan dijumpai mereka juga penting kerana masing-masing mempunyai corak permainan berbeza.

“Ketika melatih Lee Chong Wei, saya akan siapkan beliau taktikal. Bukan sahaja lawan akan ditemuinya pada pusingan pertama, tetapi juga taktikal di peringkat seterusnya.

“Dalam hal ini, jurulatih memainkan hal penting untuk merencanakan taktikal sesuai kepada anak buahnya supaya mereka boleh menang,” tegasnya.

Justeru, bekas pemain kebangsaan itu berharap pemain dapat bermain mengikut taktikal yang direncanakan jurulatih, sambil mengingatkan mereka perlu menggunakan kebijaksanaan diri untuk menewaskan pihak lawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI