fbpx

Misbun makin hampir ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN (kiri) dan Datuk Seri Mohd Jalani Sidek ketika sesi Bicara Legenda pada majlis perasmian Pameran Anak-anak Sidek Lagenda Badminton Negara di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam hari ini. - SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Legenda badminton tanah air, Datuk Misbun Sidek mengakui Persatuan Badminton Thailand (BAT) sudah pun melakukan tawaran bagi mendapatkan khidmatnya bulan lalu.

Desas-desus bekas ketua jurulatih skuad badminton itu untuk kembali aktif bertiup kencang selepas beliau melatih tiga pemain muda Thailand yang datang berguru ke Nusa Mahsuri.

Bagaimanapun, Misbun memerlukan sedikit masa untuk meneliti tawaran tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sementara ini hanya (tempoh) percubaan kerana saya mahu tengok sama ada pemain Thailand yang dihantar ke sini (Nusa Mahsuri) boleh mencapai kejayaan ataupun tidak pada masa hadapan.

“BAT sudah berikan kepercayaan penuh kepada saya untuk lihat pemain-pemain berpotensi dalam usaha membantu meningkatkan prestasi mereka.

“Jika boleh, mungkin kerjasama ini akan diteruskan,” katanya pada Majlis Pelancaran Pameran Anak-Anak Sidek di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam hari ini.

Untuk rekod, tiga pemain remaja Thailand mencetus sensasi dalam arena badminton negara apabila bangun seawal 4.30 pagi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Misbun bagi menjalani latihan.

Difahamkan, BAT menghantar tiga pemain tersebut untuk berguru di Nusa Mahsuri sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia dan temasya Sukan Olimpik Remaja 2026 yang akan berlangsung di Dakar, Senegal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI