fbpx

MCMC laksana ujian ‘dropped calls’ dari Parlimen ke Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi (tiga dari kiri) dan Teo (dua dari kiri) sebelum bertolak ke Kementerian Komunikasi, Putrajaya menaiki bas, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 pengamal media hari ini menaiki bas menuju ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi program Ujian Kualiti Perkhidmatan (Panggilan Suara).

Rombongan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini turut disertai oleh Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching bermula dari Parlimen, kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Perjalanan untuk ujian ini akan melalui Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) yang dijangka mengambil masa kira-kira 45 minit.

Ahmad Fahmi berkata, ujian ini dilaksanakan bagi menguji kualiti perkhidmatan rangkaian selular terutamanya berkenaan dengan isu panggilan terputus (dropped calls).

Ujarnya, pegawai-pegawai MCMC yang terlatih akan menjalankan ujian dengan menggunakan peralatan khas penggujian Nemo Walker Air.

“Ujian hari ini melibatkan kesemua rangkaian penyedia perkhidmatan mudah alih utama.

“Terdapat dua set Nemo Walker Air akan digunakan untuk dua jenis ujian, panggilan berturutan (repetitive calls) dan panggilan berterusan (continuous calls).

“Dapatan hasil daripada ujian ini akan dianalisis sebaik sahaja kita tiba di Kementerian Komunikasi,” katanya ketika berucap bagi taklimat berkaitan ujian, di Parlimen, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Fahmi, sidang media akan diadakan kemudian bagi berkongsi hasil analisis setelah memperoleh dapatan ujian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI